-- KLCC Menjadi Saksi Kita --
12.35 pm (18 Februari 2013)
Telefon bimbit Mel berbunyi. Notifikasinya
menunjukkan bahawa terdapat whatsapp dari cinta hatinya, Danial Hakimi. Mel
yang sedang menumpukan perhatian dalam kelas Strategic Management tidak membaca
whatsapp tersebut. Selang seminit lagi, handphone Mel bergegar lagi. Nama “My
Lover-Danial Hakimi” terus appear lagi di notifikasi whatsapp.
Mel sudah tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas. Mel terus membaca whatsapp buah hatinya.
“Mel, malam nie kita jumpe kat KLCC boleh?
Dah 6 hari, 14 jam, 37 minit tak jumpe nie. Lara hati merindumu, Seksa kalbu
memikirkanmu. Boleh?” --- My Lover-Danial Hakimi
“Boleh tak sayang? Please? Rindu sangat
sangat nie. I have a surprise for you” ---My Lover-Danial Hakimi
Mel hanya tersengih seorang di kelasnya.
Kawan-kawannya masih mendengar lecture Dr Rossa. Mel tidak mahu membalas
panjang kerana bimbang lecturernya marah. Lantas, dia membalas whatsapp
pacarnya dengan mudah.
“Ok. See you at our place at 8pm.” --- Mel
membalas.
Mel terus membaca slides Strategic Management
di meja. Telefon Mel tidak berbunyi lagi.
Nor Danial Hakimi atau lebih dikenali sebagai Kimi telah sah menjadi teman lelaki Mel sejak November 2011. Masa tu, Kimi masih merupakan student final year di Universiti Tun Abdul Razak. Kini, Kimi telah mempunyai kariernya sendiri, bekerja di sebuah firma penyelidikan dalam membuat penyelidikan dalam Ekonomi dan Kewangan Islam. Gaji yang diperoleh memang agak masyuk dan Kimi tegar boleh membina masjid bersama-sama Mel.
Mel merupakan seorang top student dalam
fakulti Business Admin di Universiti Malaya. Tahun nie, Mel akan graduate, nie
last sem Mel di UM. Bulan 9 nanti, Nur Dahlia Melissa akan bergelar mahasiswi
produk UM. Lagi 7 bulan, Mel akan menamatkan pelajarannya.
Sedar tak sedar dah 15 bulan Kimi dan Mel berpacaran. Tipulah kalo tak pernah gaduh manja. Selalu uh. Tapi dalam sebuah percintaan, pasangan itu tegar perlu saling mempercayai, saling bertolak-ansur. Barulah hubungan itu akan bertekalan dan utuh. That’s why hubungan Kimi dan Mel dapat bertahan hingga kini.
*********************************************************************************
7.45 pm.
Berbaju kemeja Oxford yang berjenama Uniqlo, Kimi sedang berjalan di
sekitar tasik KLCC. Awal. Kimi sabar menunggu ketibaan puteri kesayangannya.
Bagi Kimi, sudah menjadi adat untuk menunggu Mel. Maklumlah perempuan perlu
bersolek dan berhias. Barulah megah si cowoknya kerana mempunyai cewek yang
begitu lawa dan presentable. Perasaan resah pun ada dalam raga Kimi sebab dah
lama sangat tak jumpa Mel. Sejak kerja, memang jarang sangat berjumpa. Malam
pun dah penat nak berdating. Kadang-kala dua minggu jumpa sekali, tu pun
sekadar makan dinner bersama-sama sahaja.
Entah mengapa Kimi rasa nak berjumpa sangat
dengan Mel malam itu. Sharp pukul 8, irama muzik berkumandang di sekitar KLCC,
terdapat persembahan air pancut di tasik KLCC itu. Ramai yang menjadi penonton
persembahan itu. Luar biasa bagi pengunjung luar negara. Jakun! Kimi melihat
jam, tak sampai-sampai lagi Mel. Kimi dah bercadang nak bagi surprise kepada
Mel. Satu kotak kecil yang berwarna merah disimpan dalam poket seluarnya.
15 minit berlalu, orang ramai masih
berlalu-lalang. Aura seorang perempuan yang berkulit putih ala-ala Yoona SNSD
atau lebih dikenali sebagai Girls Generation tiba. Siapa lagi kalau bukan Mel!
“Darling!” Sergah Mel di belakang Kimi.
“Huh, sampai pun permaisuri hati Mi. Busy buat assignment ke sayang?”
– Kimi
“Yelah Mi. Kena laa buat, if not, siapa nak
sara i?” – Mel
“Urmmmmm saya laa. Takkan ader org nak sara
awak lagi?” gurau Kimi.
“Ok fine fine. I bukannya milik you. Haha.”
Balas Mel.
“Believe me, you will be mine. Just believe
me okay? Teman I jalan-jalan kat sini.” – Kimi
“Okay, apa kejutan yang you nak bagi tu?
Kata rindu.. “(senyum gedik) – Mel
“Sabarlah. Jalan dulu. Nak tengok
permandangan KLCC nie.” - Kimi
Mereka berdua terus berjalan mengelilingi
tasik KLCC tu. Tepat pukul 8.30 pm, sekali lagi alunan musik kedengaran. Time
for the performance again. Kali ini, irama musik penyanyi Rusia/Norway pula!
Lagu I’m In Love by Alexander Rybak. Bulan pula bersinar dengan terang sekali.
Cahaya bulan menyinari tasik itu, musik pula mengiringi persembahan air pancut.
Orang ramai gembira aje di situ. Kimi dan Mel turut merasakan keromantikan
cinta mereka ketika duduk di tepi tasik itu.
“You, you bahagia tak dengan I?” – Tanya Kimi
“urm, I appreciate to have you in my life,
seriously.” – balas Mel
“Serious? Thanks sayang. I janji akan
bahagiakan you.” – Kimi
Kimi terus bangun apabila persembahan itu
habis. Kimi menghulurkan tangannya ke arah tangan Mel dan menariknya untuk
bangun. Manja Mel! Mel bangun.
Tiba-tiba…….
Kimi berlutut di depan Mel. Ramai orang
yang memandang. Wajah Mel terus berubah. Pucat sebab terkejut sangat dengan
aksi Kimi.
“Hey bangun lah, asal nie? Ramai orang laa.
Jangan laa main-main..” – ucap Mel.
Kimi tidak mendengar malah mengeluarkan
sesuatu dari poketnya. Kotak merah itu.
“Bangunlah sayang. Danial Hakimi, apa nie?!”
– ucap Mel sekali lagi.
Kimi memegang tangan Mel. Membuka kotak
merah itu. Sebentuk cincin di dalam.
“Sayang, izinkan Mi pinang Dahlia Melissa dengan
Bismillah? Can you be my one and only one?” – Kimi bercakap sambil melutut.
Orang ramai terus memandang. Ada yang
gelak, ada yang bermuka serius. Lumrah.
“Bangunlah. Jangan laa main-main.” – Mel.
“ I bukan main-main sayang. I’m 100%
serious now. I know what I’m doing. I want to be with you. Yes, you, Forever. I
dah tahu that you are my queen, I nak unlock your heart. I nak jadi lelaki yang
boleh menjaga you, boleh membimbing you, boleh jadi imam you.. I nak bina
keluarga with you. I nak jiwa I hanyalah untuk you, raga I diukir dengan nama
you… I nak you aje in my life. ..”
Memang speechless Mel mendengar kata-kata
Kimi. Terkejut. Terkesima dan tegar terperanjat! Tak berdaya nak bercakap,
namun mata Mel sudah berkaca-kaca. Bangga kerana terdapat lelaki yang
mencintainya.
“Mel, please be my queen okay? I promise
akan jaga you selamanya. Biarlah bulan ini menjadi saksi that I will love you
till Jannah. Biarlah orang ramai menjadi saksi that I akan jaga you selamanya. Biarlah
KLCC menjadi saksi percintaan kita yang agung ini. “ – Sambung Kimi
Orang ramai mula memberi sokongan kepada
Kimi. Terdapat 3-4 orang yang menjerit “Yesssss” ke arah Mel. Mel mula
menangis. Gembira kerana dia benar-benar menemui cinta sejati. Dia tahu Kimi
dapat membahagiakannya. Dia tahu Kimi laa lelaki yang dapat memberikan
kegembiraan. Dia tahu Kimi laa yang dapat membekalkannya belaian cinta yang
terhebat. Dia faham.
“Urmmmm…Urmmmmm…. Kimi, thanks for
everything. Really thanks…….I appreciate what you have given me, your kindness, your love and your surprise….Thanks….Thanks…..but……..”
– Mel bersuara.
~BERSAMBUNG~
No comments:
Post a Comment